Close

Rekaan penuh OnePlus 12 akhirnya didedahkan

OnePlus secara rasmi mendedahkan rekaan penuh peranti andalan mereka iaitu OnePlus 12. Pendedahan tersebut dibuat melalui media rasmi OnePlus di Weibo.

Melaluinya, memperlihatkan yang OnePlus 12 masih lagi menggunakan rekaan yang sama seperti OnePlus 11. Rekaan kamera belakang masih kekal dengan rekaan jenis bulat namun dengan susunan kamera yang sedikit berbeza.

Selain itu, terdapat perubahan pada kedudukan butang, yang mana butang suara kini diletakkan di sebelah kanan bersama butang kuasa. Manakala, butang ikonik alert slider kini diletakkan di sebelah kiri. Untuk pilihan warna, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Leave Blank, Green dan Black.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 12 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama dengan pengecasan pantas 100W. Menggunakan skrin LTPO OLED dari BOE dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits dan menjalankan sistem operasi OxygenOS 14 berasaskan Android 14.

Keupayaan kamera turut dipertingkat dengan sensor baharu dari Sony iaitu Lytia 808 yang dipadankan dengan penjenamaan Hasselblad. Keupayaan ini menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik dari model sebelumnya.

OnePlus telahpun menjadualkan acara pelancaran OnePlus 12 pada 5 Disember 2023 di China. Untuk pasaran global ia dijangka akan dilancarkan sekitar Januari 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN