Close

HONOR 90 GT diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 2, RAM 24GB dan pengecasan 100W

HONOR telah memperkenalkan satu lagi peranti baharu untuk pasaran China iaitu HONOR 90 GT. Hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang menarik berbanding model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, HONOR 90 GT dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 1200×2664. Menyokong paparan 120Hz dan PWM Dimming 3840Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX906 + 12MP ultra lebar. Manakala, swafoto menggunakan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pembesar suara stereo, pengimbas cap jari di bawah skrin, sistem penyejukkan dan menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 14.

Di China, HONOR 90 GT ini dijual pada harga bermula sekitar CNY2599 (RM1684) 12GB + 256GB dan CNY 3699 (RM2397) untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Blue, Black dan Gold.

ARTIKEL BERKAITAN