Infinix Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka yang akan berlangsung pada 31 Januari 2024. Peranti baru yang dimaksudkan adalah SMART 8 Pro.

SMART 8 Pro telahpun dilancarkan lebih awal pada November tahun lalu. Untuk pasaran global, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.6-inci dan dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G36. Menggunakan konfigurasi RAM sehingga 8GB, storan dalaman 128GB dan kamera utama 50MP. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah spesifiasi sama akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Selain itu, peranti ini akan turut membawakan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Magic Ring yang akan memaparkan pelbagai informasi seperti bateri, notifikasi dan sebagainya. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci mengenai peranti yang dikongsi oleh Infinix Malaysia.
Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.