Close

Samsung Galaxy Z Flip6 mungkin guna bateri yang lebih besar

Ketahanan bateri yang ditawarkan pada siri Galaxy Z Flip boleh dikatakan tidak sehebat peranti lipat lain. Namun begitu, perkara tersebut mungkin akan berubah pada Galaxy Z Flip6.

Menurut laporan, Samsung dijangka akan menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar pada Galaxy Z Flip6. Kapasiti bateri yang akan digunakan adalah 4000mAh berbanding 3700mAh yang digunakan pada Galaxy Z Flip5.

Galaxy Z Flip6 akan menggunakan teknologi dua sel bateri dengan jumlah keseluruhan kapasiti adalah 4000mAh. Selain bateri, peranti ini akan turut hadir dengan skrin kedua yang lebih besar iaitu 3.9-inci berbanding 3.4-inci pada model sebelumnya.

Lebih menariknya, Galaxy Z Flip6 akan menggunakan sensor kamera utama yang lebih besar iaitu 50MP berbanding 12MP yang digunakan pada Galaxy Z Flip5.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi lain yang akan digunakan pada Galaxy Z Flip6. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN