Close

Android 15 versi Developer Preview kini tersedia untuk pengguna Pixel

Google secara rasmi melepaskan kemas kini Android 15 pertama melalui Developer Preview atau dipanggil sebagai Android 15 DP1 untuk pengguna Google Pixel. Seperti namanya, versi awal ini memfokuskan kepada pembangun dan tidak sesuai untuk kegunaan harian.

Android 15 akan membawakan pelbagai peningkatan merangkumi prestasi, privasi dan keselamatan. Untuk prestasi, Google menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding Android 14. Manakala untuk privasi dan keselamatan, Google akan menggunakan versi Privacy Sandbox yang terkini bagi meningkatkan tahap privasi dan keselamatan pengguna. Android 15 akan turut hadir dengan beberapa fungsi baru yang menarik.

Seperti biasa, Android 15 DP1 ini hanya tersedia untuk pengguna Google Pixel sahaja. Antara model yang menyokong adalah siri Pixel 6 dan ke atas merangkumi Pixel Tablet dan Pixel Fold.

Google turut berkongsi garis masa kemas kini untuk Android 15. Perkongsian tersebut memperlihatkan versi stabil untuk Android 15 hanya akan tersedia kepada pengguna sekitar Ogos 2024.

ARTIKEL BERKAITAN