Close

Apple tangguh pembangunan iPhone boleh-lipat kerana masalah skrin

iPhone boleh-lipat pertama dari Apple mungkin memerlukan masa yang lebih panjang untuk dihasilkan selepas pembekal skrin gagal melepasi ujian piawaian yang ditetapkan.

Menurut laporan, Apple dikatakan telahpun menguji skrin boleh-lipat baru yang dihasilkan oleh Samsung. Namun, skrin boleh-lipat tersebut dilaporkan telah rosak selepas beberapa hari ujian dalaman dilakukan.

Berikutan dari itu, Apple dikatakan mungkin menangguhkan pembangunan iPhone boleh-lipat secara sementara sehingga pembekal berjaya memenuhi dan melepasi ujian piawaiaan yang ditetapkan oleh Apple.

Seperti yang kita tahu, Samsung merupakan pembekal utama skrin untuk peranti Apple. Selain itu, Samsung turut dikatakan telah mula menghantar beberapa sampel skrin boleh-lipat kepada syarikat itu.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple sedang aktif membangunkan dua prototaip untuk iPhone boleh-lipat. Namun begitu, pembangunan tersebut dikatakan masih lagi diperingkat awal dan tiada dalam perancangan pengeluaran pada 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN