Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tak boleh diakses pada 10 November ini

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses sementara waktu pada Ahad, 10 November bermula jam 11.30 hingga 11.59 malam.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang dilakukan untuk memberikan pengalaman beli-belah yang lebih lancar tanpa sebarang gangguan ketika jualan 11.11 berlangsung.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi QRPayBiz, aplikasi MAE, FPX Online Payments, Debit Card Transactions, aplikasi Maybank Wealth, perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri.

Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN