Close

Amerika Syarikat lanjutkan tempoh penjualan TikTok

Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump memberikan tempoh lanjutan selama 75 hari lagi untuk TikTok. Sekaligus, membolehkan aplikasi tersebut terus beroperasi di negara tersebut.

Tempoh penangguhan TikTok yang sepatutnya tamat pada 5 April 2025 telah ditambah atau dilanjutkan selama 75 hari lagi. Penambahan tempoh lanjutan tersebut dibuat berikutan beberapa perjanjian belum lagi dapat dimeterai.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum persetujuan dapat dicapai. Sebarang perjanjian tertakluk kepada kelulusan di bawah undang-undang China. Laporan lain mendedahkan penjualan TikTok tertunda selepas pengumuman tarif yang dibuat pada minggu lalu.

TikTok yang menghadapi larangan di Amerika Syarikat perlu menjual opersasi mereka kepada syarikat lain atau berhenti beroperasi di negara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN