Close

Samsung Galaxy A06 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM699

Samsung Galaxy A06 5G kini boleh dibeli secara terbuka melalui laman web rasmi Samsung Malaysia. Buat yang tidak mengetahui, sebelum ini peranti tersebut hanya tersedia melalui syarikat telekomunikasi terpilih sahaja.

Samsung Galaxy A06 5G merupakan peranti kelas asas pertengahan. Hadir dengan sejumlah spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Samsung Galaxy A06 5G dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dijana dengan cip Mediatek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Samsung menyatakan yang peranti ini menyokong 4 tahun kemas kini Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Samsung Galaxy A06 5G ditawarkan pada harga RM699 untuk 6GB + 128GB. Tersedia dengan 3 pilihan warna iaitu Light Green, Black dan Light Gray.

ARTIKEL BERKAITAN