vivo menjadualkan acara pelancaran peranti baru di China pada 21 April ini. Pada acara tersebut, vivo dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru seperti vivo X200 Ultra, vivo X200s, vivo Watch 5 Pro dan juga vivo Pad SE.

Peranti yang akan mencuri tumpuan pada acara tersebut semestinya adalah vivo X200 Ultra. Model ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Xiaomi 15 Ultra dan OPPO Find X8 Ultra. Peranti ini dijangka hadir spesifikasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.

Peranti ini tidak akan menggunakan cip MediaTek 9400 sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan butang fizikal khas untuk kamera seperti mana pada siri iPhone 16.
Terdapat laporan menyatakan vivo bekerjasama dengan Fujifilm dan Zeiss dalam pembangunan kamera peranti ini. Selain itu, X200 Ultra berkemungkinan dilengkapi kapasiti bateri yang besar iaitu 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.