Close

OPPO Find X8 Ultra diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan kamera Hasselblad

OPPO akhirnya memperkenalkan model peranti paling premium dalam siri Find X8 iaitu Ultra. Menariknya, peranti ini tidak dikuasakan dengan cip Dimensity 9400 sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 8 Elite.

Seperti namanya, peranti ini ditawarkan dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa, kemampuan kamera yang lebih baik dan dilengkapi dua butang tambahan baru. OPPO Find X8 Ultra hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci yang menyokong paparan 120Hz dan Dolby Vision.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X-9600 dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Dimuatkan dengan bateri jenis silicon-carbon berkapasiti 6100mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk fotografi, OPPO Find X8 Ultra hadir dengan sistem kamera yang lebih baik dengan kerjasama Hasselblad. Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto 3x zum + 50MP Telefoto 6x zum dan swafoto 32MP. OPPO menaik taraf dua sensor telefoto namun untuk kamera ultra lebar ia menggunakan sensor lebih kecil berbanding Find X8 Pro.

OPPO Find X8 Ultra turut hadir dengan dua butang tambahan baru iaitu quick button dan shortcut button. Quick button memfokuskan kepada kawalan kamera manakala shortcut button pula membolehkan pengguna mengakses aplikasi dengan lebih mudah. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan ColorOS 15 berasaskan Android 15.

Di China, OPPO Find X8 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY6499 (RM3943) dan mencecah sehingga CNY7999 (RM4850). Tidak dapat dipastikan peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN