Close

CIMB tangguhkan penamatan aplikasi CIMB Clicks kepada 19 April 2025

CIMB telah menangguhkan penamatan aplikasi CIMB Clicks yang sepatutnya tamat pada 12 April dan akan beralih sepenuhnya pada aplikasi baru iaitu CIMB OCTO.

Terbaru, CIMB menyatakan penamatan aplikasi CIMB Clicks akan ditangguhkan kepada 19 April ini. Walau bagaimanapun, CIMB tidak mendedahkan sebab penangguhan tersebut dilakukan.

Namun begitu, penangguhan ini dilihat dapat memberikan pengguna aplikasi CIMB Clicks lebih banyak masa sebelum beralih kepada aplikasi baru CIMB OCTO. Dalam masa yang, CIMB menyarankan pengguna untuk beralih kepada aplikasi CIMB OCTO bagi memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan.

Aplikasi baru CIMB OCTO menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan antara muka yang mesra pengguna. Aplikasi CIMB OCTO tersedia untuk dimuat-turun melalui Google Play StoreApple App Store dan juga Huawei AppGallery.

ARTIKEL BERKAITAN