Close

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025

CIMB mengumumkan penamatan sepenuhnya aplikasi CIMB Clicks yang akan berkuat kuasa pada 12 April 2025.

Selepas tarikh berikut, CIMB akan beralih kepada aplikasi CIMB OCTO sepenuhnya dan tidak lagi menyokong aplikasi CIMB Clicks. Perubahan ini tidak mengejutkan kerana CIMB telah memulakan peralihan ke CIMB OCTO secara berperingkat bermula pada tahun lalu.

Sebelum ini, CIMB telahpun menamatkan beberapa perkhidmatan di aplikasi CIMB Clicks dan meminta pengguna beralih ke aplikasi perbankan baru iaitu CIMB OCTO. Aplikasi baru CIMB OCTO menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan antara muka yang mesra pengguna.

Aplikasi CIMB OCTO tersedia untuk dimuat-turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei AppGallery.

ARTIKEL BERKAITAN