Close

Samsung perkenalkan Galaxy A56, A36 dan A26 – Tawar kemas kini sehingga 6 tahun

Samsung memperkenalkan 3 peranti baru di bawah siri Galaxy A iaitu A56, A36 dan A26. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan menjalankan sistem operasi terkini dari Samsung iaitu One UI 7.

Ketiga-tiga model ini berkongsi beberapa spesifikasi yang sama seperti skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ketiga-tiga peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menyokong penarafan IP67. Perbezaan ketiga-tiga model ini adalah pada cip pemprosesan.

Untuk Galaxy A56, ia dikuasakan dengan cip Exynos 1580 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP. Manakala untuk Galaxy A36, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang turut dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP.

Untuk Galaxy A26, ia dijana dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 13MP.

Siri Galaxy A ini turut menyokong beberapa fungsi Awesome Intelligence seperti Circle to Search, Object Eraser dan Filter. Lebih menarik, Samsung menawarkan kemas kini sehingga 6 tahun untuk siri Galaxy A. Sebagai perbandingan, siri Galaxy A sebelum ini hanya menawarkan kemas kini 4 tahun untuk Android dan 5 tahun keselamatan.

Malangnya, tiada maklumat mengenai harga jualan yang dikongsi oleh Samsung untuk pasaran tempatan. Kita mungkin boleh menjangkakan, harga jualan rasmi akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN