HONOR menjanjikan kemas kini sehingga 7 tahun untuk siri Magic. Perkara tersebut dikongsi di acara MWC 2025.

HONOR sedia untuk menawarkan kemas kini yang lebih panjang iaitu sehingga 7 tahun untutk siri Magic yang merangkumi kemas kini Android dan juga keselamatan. Sebelum ini, HONOR hanya menawarkan 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan untuk siri Magic.

HONOR Magic7 Pro akan menjadi peranti terawal yang akan menerima kemas kini sehingga 7 tahun. Dengan penawaran ini, ia membolehkan peranti digunakan dengan lebih panjang dalam masa yang sama kekal selamat dan relevan dalam menyokong aplikasi terkini.
Selain itu, penawaran ini dilihat seiring dengan visi Qualcomm yang menjanjikan kemas kini sehingga 8 tahun untuk peranti yang dijana dengan cip Snapdragon. kita mungkin akan melihat lebih banyak pengeluar akan menawarkan kemas kini lebih panjang pada peranti mereka. Pada ketika ini, kebanyakkan pengeluar menawarkan kemas kini 3 atau 4 tahun.