realme melalui acara Mobile World Congress (MWC) 2025 telah memperlihatkan konsep lensa boleh tukar untuk fon.

Secara asasnya, peranti konsep ini menyokong tiga sensor kamera dengan salah satu sensor akan disambung dengan lensa boleh tukar. Untuk menggunakan lensa boleh tukar, peranti perlu dipasang dengan penyesuai sebelum lensa boleh tukar dipasang.

Dengan sokongan lensa boleh tukar ini, pengguna boleh menggunakan lensa DSLR secara terus pada peranti. Sekaligus, memberikan hasil imej dengan kualiti sama seperti DSLR. Buat masa ini, hanya dua lensa sahaja yang ditawarkan iaitu 73mm untuk potret dan 234mm untuk telefoto.
Ketibaan konsep ini menunjukkan realme sangat komited dalam menawarkan pelbagai inovasi dan teknologi menarik pada peranti mereka.
realme dikatakan sedang mencari penyelesaian kepada beberapa masalah seperti had saiz sensor dan juga kemampuan digital zum melalui optik modular dengan teknologi mudah alih. Seperti namanya, tidak dapat dipastikan adakah konsep lensa boleh tukar ini akan ditawar secara komersil atau sebaliknya.