Close

Siri Nothing Phone (3a) diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7s Gen 3, bateri 5000mAh dan kamera periskop 50MP

Nothing secara rasmi telah memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri Phone (a) iaitu Phone (3a) dan (3a) Pro. Tampil dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.

Kedua-dua peranti ini berkongsi spesifikasi yang sama cuma dibezakan dengan rekaan kamera dan juga tetapan kamera. Nothing Phone (3a) dan (3a) Pro dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk kamera, Phone (3a) hadir dengan rekaan kamera belakang yang disusun secara sebaris manakala Nothing Phone (3a) Pro pula tampil dengan rekaan kamera belakang jenis bulat. Kedua-dua peranti menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Perbezaannya pada sensor telefoto, Phone (3a) menggunakan sensor Samsung telefoto 2x 50MP sementara Phone (3a) Pro pula menggunakan sensor Sony telefoto periskop 3x 50MP dengan OIS.

Siri Phone (3a) merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan butang tambahan yang dipanggil sebagai Essential Key. Butang ini membolehkan pengguna mengakses hab dengan pantas yang dikuasakan oleh AI yang dinamakan sebagai Essential Space. Dengan menekan butang ini, kandungan akan dihantar ke hab dan akan disusun dan diuruskan.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 50W. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan pada peranti ini adalah pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP64, NFC, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan Nothing OS 3.1 berasaskan Android 15.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Nothing Malaysia mengenai harga jualan dan ketersediaan peranti ini. Ia mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN