Apple mengemas kini penawaran tablet mereka dengan memperkenalkan iPad Air baru untuk pasaran tempatan. Hadir dengan dua pilihan saiz dan dikuasakan dengan cip Apple M3.

Seperti model sebelumnya, iPad Air M3 turut ditawarkan dengan 2 pilihan saiz iaitu 11-inci dan 13-inci. Dijana dengan cip Apple M3 dengan 8 teras CPU dan 9 terasa GPU bersama dengan 16 teras Neural Engine. Cip ini menawarkan peningkatan 35% pada CPU, 40% pada GPU dan 60% pada Neural Engine berbanding M1.

Menjalankan iPadOS 18 dan menyokong Apple Intelligence. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti Bluetooth 5.3, port pengecasan USB-C, kamera 12MP Center Stage dan 12MP kamera belakang. iPad Air M3 ini turut menyokong Apple Pencil Pro, Apple Pencil (USB-C) dan Magic Keyboard baru.

Senarai harga jualan iPad Air M3 di Malaysia :
iPad Air M3 11-inci (WiFi)
- 128GB – RM2,799
- 256GB – RM3,199
- 512GB – RM4,099
- 1TB – RM4,999
iPad Air M3 11-inci (WiFi+5G)
- 128GB – RM3,499
- 256GB – RM3,899
- 512GB – RM4,799
- 1TB – RM5,699
iPad Air M3 13-inci (WiFi)
- 128GB – RM3,699
- 256GB – RM4,099
- 512GB – RM4,999
- 1TB – RM5,899
iPad Air M3 13-inci (WiFi+5G)
- 128GB – RM4,399
- 256GB – RM4,799
- 512GB – RM5,699
- 1TB – RM6,599
Magic Keyboard
- 11-inci – RM1,299
- 13-inci – RM1,399