Close

Siri Nothing Phone (3a) menyokong kemas kini sehingga 6 tahun

Nothing telahpun melancarkan peranti baru mereka iaitu Phone (3a) dan (3a) Pro. Seiring dengan ketibaannya, Nothing turut berkongsi berkenaan kemas kini yang disokong oleh peranti ini.

Siri Phone (3a) akan menyokong kemas kini yang lebih panjang iaitu sehingga 6 tahun. Namun begitu, sokongan kemas kini 6 tahun hanya untuk kemas kini keselamatan sementara kemas kini Android hanya ditawarkan sehingga 3 tahun sahaja. Bermaksud, siri Phone (3a) hanya akan menerima kemas kini sistem operasi sehingga Android 18.

Penawaran ini dilihat lebih baik berbanding sebelumnya namun ia sedikit keterbelakang jika dibandingkan dengan pengeluar lain seperti Samsung dan Google yang menawarkan kemas kini sehingga 7 tahun.

Memandangkan peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan mungkin wajar dan sesuai dengan penawaran kemas kini 3 tahun untuk Android. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti andalan iaitu Phone (3) akan menerima kemas kini yang lebih panjang berbanding siri Phone (3a).

ARTIKEL BERKAITAN