Infinix secara rasmi mengumumkan dua peranti baru iaitu Note 50 dan Note 50 Pro. Kedua-dua model ini hadir dengan cip MediaTek Helio G100 Ultimate, rekaan baru dan hanya menyokong LTE.

Infinix Note 50 Pro ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G100 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + lensa AI dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 45W. Peranti ini turut dilengkapi dengan Infinix AI∞, pembantu pintar yang meningkatkan kecekapan pengguna.
Untuk Infinix Note 50, ia turut dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G100 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Perbezaan utama dengan model Pro adalah pada tetapan kamera, menggunakan kamera utama 50MP + 2MP makro + lensa AI dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan pada kedua-kedua model adalah pengimbas cap jari bawah skrin, radio FM, NFC dan menjalankan XOS 15 berasaskan Android 15.
Di Indonesia, Infinix Note 50 dijual pada harga bermula sekitar IDR 2,699,000 (RM735) manakala Infinix Note 50 Pro pula sekitar IDR 2,999,000 (RM817). Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.