Close

MediaTek perkenalkan cip Dimensity 9400+ dengan peningkatan AI dan CPU lebih pantas

MediaTek telah memperkenalkan cip kelas andalan baru mereka iaitu Dimensity 9400+. Merupakan kemas kini kepada generasi sebelumnya iaitu Dimensity 9300+ dan naik taraf kepada cip semasa iaitu Dimensity 9400.

Cip Dimensity 9400+ tidak membawakan peningkatan yang ketara berbanding Dimensity 9400. Hadir dengan konfigurasi CPU 8 teras dengan 1x Cortex-X925 berkelajuan 3.73GHz + 3x Cortex-X4 berkelajuan 3.3GHz + 4x teras Cortex-A720 berkelajuan 2.4GHz.

Untuk GPU, cip ini hadir dengan GPU Immortalis-G925 MC12 yang menjanjikan prestasi grafik yang lebih baik dan jimat kuasa. Cip ini turut dilengkapi dengan NPU 890 yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI secara terus dari peranti. Selain itu, NPU 890 menjanjikan peningkatan prestasi AI lebih pantas sehingga 20%.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan pada cip ini adalah seperti menyokong peranti tri-skrin boleh lipat, rakaman video sehingga 8K 60fps, WiFi 7, skrin WQHD+, sokongan kamera sehingga 320MP, Bluetooh 5.4, UFS 4.0 + MCQ dan lain- lain.

Cip ini telahpun digunakan pada dua peranti baru OPPO iaitu Find X8s dan X8s+. Selain OPPO, cip ini turut dijangka akan digunakan pada peranti vivo akan datang iaitu X200s.

ARTIKEL BERKAITAN