Close

Google Gemini Live dengan sokongan kamera akan tersedia secara percuma untuk semua pengguna

Google Gemini Live dengan sokongan kamera dan perkongsian skrin akan tersedia untuk semua pengguna Android melalui aplikasi Gemini.

Google telah memperkenalkan fungsi ini pada minggu lalu untuk pengguna siri Pixel 9 dan siri Samsung Galaxy S25. Fungsi tersebut hanya tersedia untuk pengguna Gemini Advanced sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, Google mengumumkan yang fungsi tersebut kini tersedia secara percuma dan boleh diakses pada semua peranti Android. Melalui akses kamera, Gemini Live mampu memberikan respon terhadap apa yang ditunjukkan pada kamera peranti.

Manakala untuk perkongsian skrin, Gemini Live akan memberitahu maklumat yang terpapar pada skrin dan memberikan jawapan yang berkaitan. Selain itu, pengguna juga boleh berinteraksi dengan Gemini Live semasa menatal aplikasi atau laman web.

ARTIKEL BERKAITAN