TikTok memperkenalkan ciri baru iaitu Footnotes pada aplikasi mereka. Melalui ciri ini, ia membolehkan ahli komuniti menambah konteks atau info tambahan pada video TikTok.
Tujuan utama ciri ini diperkenalkan adalah untuk membantu penonton memahami kandungan dengan lebih tepat dan mengelak dari kesilapan fakta. TikTok menggunakan sistem penilaian bridge-based untuk ciri Footnotes iaitu persetujuan dari pelbagai sudut pandangan sebelum ia diperlihatkan kepada umum.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi untuk menjadi penyumbang Footnotes. Antara kriteria yang perlu dipatuhi adalah pemilik akaun mesti berusia lebih 18 tahun, akaun pengguna sekurang-kurangnya berusia 6 bulan dan tidak mempunyai rekod melanggar garis panduan komuniti TikTok.
Buat masa ini, ciri ini hanya terbuka untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan akan diaktifkan dalam beberapa bulan sahaja lagi. TikTok turut bekerjasama dengan organisasi yang diiktiraf untuk memastikan ketepatan kandungan.