Close

Redmi A5 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM299

Xiaomi Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti mampu milik baru iaitu Redmi A5. Hadir dengan spesifikasi asas dan ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Redmi A5 memfokuskan kepada pratikaliti dan dilengkapi dengan pelbaga fungsi asas. Peranti hadir dengan skrin bersaiz 6.88-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip UNISOC T7250 yang dipadankan dengan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 32MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang mampu bertahan sehingga 20 jam. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Untuk pasaran Malaysia, Redmi A5 dijual pada harga bermula RM299 untuk 3GB + 64GB dan RM349 untuk 4GB + 128GB. Redmi A5 ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Sandy Gold dan Ocean Blue.

ARTIKEL BERKAITAN