Close

Siri nubia Neo 3 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM999

Telefon permainan mampu milik dari nubia secara rasmi tiba ke pasaran tempatan. Melaluinya, nubia memperkenalkan siri Neo 3 dengan dua pilihan model di bawah iaitu Neo 3 5G dan Neo 3 GT 5G.

Untuk Neo 3 GT, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Unisoc T9100 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Seperti telefon permainan lain, peranti ini turut dilengkapi dengan lampu RGB, shoulder trigger dan sistem penyejukan. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP54, pengimbas cap jari bawah skrin dan pembesar suara jenis stereo.

Manakala untuk Neo 3 5G, dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Unisoc T8300 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh dengan pengecasan 33W. Turut dilengkapi dengan lampu RGB, shoulder trigger dan sistem penyejukan. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP54 dan pembesar suara jenis stereo.

Di Malaysia, nubia Neo 3 5G dijual pada harga RM999 dan nubia Neo 3 GT 5G pula dijual pada harga RM1199. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi ZTE Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN