Close

Apple mungkin guna binaan Titanium pada Vision Pro 2

Apple mungkin akan menggunakan binaan Titanium pada Vision Pro generasi kedua bagi mengurangkan berat peranti tersebut.

Menurut laporan, Apple akan menggunakan binaan Titanium pada Vision Pro dalam usaha untuk menjadikan ia lebih ringan berbanding model sebelumnya. Namun begitu, binaan Titanium tidak akan digunakan sepenuhnya sebaliknya pada bahagian dalaman sahaja. Bahagian luar masih lagi menggunakan binaan dari aluminium.

Seperti yang kita tahu, binaan Titanium bukan sahaja lebih ringan tetapi ia juga lebih lasak berbanding aluminium. Namun begitu, kos penghasilan adalah lebih tinggi berbanding aluminium. Menarik untuk melihat bagaimana Apple mengimbangi kos dan prestasi peranti ini.

Laporan tersebut turut mendedahkan set kepala Apple yang seterusnya mungkin tidak akan dipanggil sebagai “Vision Pro” tetapi “Vision Air”, untuk mengambarkan ia hadir dengan rekaan yang lebih ringan.

Bercakap mengenai harga jualan, di Amerika Syarikat, Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar $3499 (RM16K) untuk 256GB, $3699 (RM17K) dan $3899 (RM18K) untuk 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN