Pengeluar kenderaan kini tidak lagi boleh menggunakan istilah atau terma ‘smart driving‘ atau ‘autonomous driving‘ dalam promosi atau iklan kereta mereka di China.

Langkah drastik tersebut dibuat susulan kemalangan maut melibatkan sebuah Xiaomi SU7. Ketika kemalangan, Xiaomi SU7 dikesan berada dalam mod bantuan pemanduan automatik sebelum melanggar tebing konkrit di tepi jalan pada kelajuan 97 km/j. Kemalangan tersebut menyebabkan Xiaomi SU7 terbakar dan tiada penumpang yang terselamat.
Berikutan dari itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) mengumumkan garis panduan yang lebih ketat untuk smart driving’ atau ‘autonomous driving’. Antara garis panduan yang dikeluarkan adalah mewajibkan sistem pemantauan pemandu, larangan fungsi separa autonomi seperti auto park dan pembuat kereta tidak lagi dibenarkan untuk menguji atau menambah baik ADAS melalui kemas kini.
Garis panduan baru ini dijangka akan mengubah cara pengeluar memasarkan kenderaan mereka. Selain itu, negara lain berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah China dengan menguatkuasakan peraturan sistem ADAS lebih ketat.