Xiaomi telahpun memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) kedua mereka yang dipanggil sebagai YU7. EV kedua ini merupakan segmen Sport Utility Vehicle (SUV) yang akan menjadi pesaing kepada Tesla Model Y.

Xiaomi YU7 hadir dengan 3 pilihan model iaitu YU7 RWD (Rear Wheel Drive), YU7 Pro AWD (All Wheel Drive) dan YU7 Max AWD (All Wheel Drive). Dibina dengan platform voltan tinggi 800V yang membolehkan ia menyokong pengecasan ultra pantas yang menawarkan jarak sehingga 620 km hanya dengan pengecasan 15 minit sahaja.

Untuk YU7 RWD, ia dilengkapi dengan motor elektik motor tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 235 kw dan 528 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 5.9 saat dengan kelajuan maksimum pada 240 km/j. Dimuatkan dengan bateri 96.3 kWh yang mampu bergerak sehingga 835 km (CLTC).

Manakala untuk YU7 Pro AWD, ia dikuasakan dengan dwi-motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 363 kw dan 690 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 4.27 saat dengan kelajuan maksimum pada 240 km/j. Bateri 96.3 kWh dimuatkan dengan jarak gerak sehingga 770 km (CLTC).

Model terakhir iaitu YU7 Max AWD, turut dikuasakan dengan dwi-motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 508 kw dan 866 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 3.2 saat dengan kelajuan maksimum pada 253 km/j. Bateri 101.7 kWh dimuatkan dengan jarak gerak sehingga 760 km (CLTC).

Selain itu, Xiaomi turut memuatkan pelbagai ciri keselamatan seperti sistem LiDAR, 4D mmWave radar dan ALD-coated anti-glare cameras. Untuk pemanduan pintar, Xiaomi YU7 menggunakan cip Nvidia Drive AGX Thor dan cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk kawalan sistem inforia kenderaan.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga jualan untuk Xiaomi YU7. Namun begitu, EV ini dijangka akan tiba pada Julai 2025.