Close

Ini 4 fungsi menarik pada Samsung ‘Smart TV’ 2025

Tahukah anda, Samsung Smart TV 2025 hadir dengan pelbagai fungsi baru yang bukan saja canggih tetapi juga praktikal untuk gaya hidup moden. Dari hiburan tanpa henti hingga cadangan resipi dan aktiviti harian semuanya boleh diakses secara terus dari skrin Samsung Smart TV.

Jadi, ini 4 fungsi menarik yang ditawarkan oleh Samsung pada Smart TV 2025.

Samsung TV Plus

Samsung TV Plus adalah platform penstriman yang ditawarkan secara percuma tanpa memerlukan sebarang langganan. Bermaksud, pengguna boleh menonton pelbagai saluran atau rancangan tanpa perlu membayar. Lebih menarik, ia turut menawarkan kandungan filem seperti mana yang ditawarkan oleh Netflix, VIU atau Apple TV.

Samsung Art Store

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menukar smart TV kepada galeri seni digital. Art Store adalah platform digital yang menawarkan pelbagai koleksi lukisan. Terdapat pelbagai tema lukisan yang ditawarkan seperti musim, koleksi khas, alam semula jadi dan banyak lagi. Samsung turut bekerjasama dengan beberapa pakar lukisan bagi menawarkan karya lukisan mereka di dalam Art Store.

Daily Board & Food

Fungsi ini memudahkan pengguna dalam mengatur tugasan harian. Semua maklumat harian akan dipaparkan dalam satu halaman. Pengguna boleh menambah dan mengubahsuai aktiviti harian mengikut kesesuaian. Bukan itu sahaja, terdapat juga cadangan resipi berserta cara untuk memasak yang dipaparkan secara terus pada TV.

Samsung Daily+ with karaoke

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna berkaraoke secara terus melalui Samsung Smart TV. Fungsi ini menukarkan fon menjadi mikrofon yang diintergrasikan dengan SamsungThing dan guna Samsung Stringray. Samsung mendakwa terdapat lebih dari 100,000 pilihan lagu dengan pelbagai genre yang boleh boleh dicuba.

ARTIKEL BERKAITAN