Xiaomi Pad 7 Ultra turut diperkenalkan, peranti kedua yang menggunakan cip XRING 01 selepas Xiaomi 15S Pro.

Xiaomi Pad 7 Ultra hadir dengan skrin OLED 14-inci dengan resolusi 3.2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Dikuasakan dengan cip XRING 01 yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi. Dari segi konfigurasi memori, ia menggunakan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.


Peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 50MP dan kamera hadapan 32MP yang menggunakan rekaan jenis bertakuk. Dimuatkan dengan bateri 12,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti IR Blaster, 8 pembesar suar dengan Dolby Atmos, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2.

Untuk pasaran China, Xiaomi Pad 7 Ultra ini dijual pada harga bermula sekitar CNY5700 (RM3751) dan memncecah sehingga CNY7000 (RM5052). Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja. Tidak dapat dipastikan adakah ia akan tersedia untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.