Close

Samsung Galaxy S25 Edge akan diperkenalkan pada 13 Mei ini

Samsung secara rasmi mengesahkan ketibaan Galaxy S25 Edge pada 13 Mei ini. Berbeza dengan siri Galaxy S25 yang lain, model ini memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan ringan dengan spesifikasi peranti andalan.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Samsung. Namun begitu, menurut laporan Galaxy S25 Edge dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci, dijana cip Snapdragon 8 Elite, bateri 3900mAh dan pengecasan 45W.

Bukan itu sahaja, peranti akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP dan hanya seberat 163 gram sahaja. Dari segi binaan, Galaxy S25 Edge akan menggunakan binaan dari Titanium dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Ceramic 2.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai spesifikasi hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN