Close

Google Material 3 Expressive diumumkan – Antara muka baru untuk Android 16 dan Wear OS 6

Google mengumumkan antara muka baru iaitu Material 3 Expressive yang akan digunakan pada sistem operasi mereka yang seterusnya Android 16 dan Wear OS 6.

Material 3 Expressive merupakan penambahbaikan dari antara muka sebelumnya iaitu Material You. Hadir dengan antara muka baru yang lebih interaktif dan lebih ekpresif untuk pengguna. Berbeza dari antara muka yang digunakan ketika ini yang minimal dan bersih tetapi agak membosankan.

Untuk menghasilkan Material 3 Expressive, Google telah melakukan lebih dari 46 kajian yang melibatkan 18,000 peserta secara global. Melalui hasil kajian tersebut, Google akan membina sistem antara muka baru yang lebih menarik secara visual dalam masa yang sama mudah untuk digunakan.

Fokus utama antara muka baru ini adalah untuk menjadikan ia lebih interaktif dan mesra pengguna, tidak hanya tertumpu kepada fungsi asas sahaja. Reka bentuk untuk bahagian penting turut ditambah baik menjadikan ia lebih mudah untuk dilihat dan diakses.

Material 3 Expressive akanturut dilengkapi dengan elemen baru yang lebih segar dengan pilihan warna, saiz dan pergerakkan yang lebih lancar. Google turut mendakwa antara muka baru ini adalah 4 kali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, Quick Setting kini menyokong lebih banyak kawalan dan tindakan yang boleh dilakukan serta membolehkan pengguna menambah lebih banyak pintasan. Terdapat juga fungsi baru iaitu Live Update, yang akan memaparkan notifikasi masa nyata seperti status pesanan atau perjalanan.

Untuk Wear OS 6, ia antara muka ini akan mempunyai animasi yang lebih menarik dan lebih responsif. Sokongan tema warna kini lebih dinamik dan menyeluruh merangkumi muka jam dan juga sistem. Selain itu, ia akan menawarkan peningkatan prestasi dan kecekapan bateri yang lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN