Close

Xiaomi perkenalkan cip buatan sendiri untuk telefon pintar – XRING 01

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan cip telefon pintar pertama mereka yang dipanggil sebagai XRING 01. Pengumuman tersebut dikongsi melalui platform Weibo oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi iaitu Lei Jun.

Cip XRING 01 dibangunkan dengan teknologi binaan 4nm TSMC N4P dan hadir dengan konfigurasi CPU 8 teras iaitu 1+ 3+ 4. Dilengkapi dengan 1x Cortex-X925 3.2GHz + 3x Cortex-A725 2.6GHz + 4x Cortex-A520 2.0GHz.

Untuk prestasi grafik, cip ini menggunakan GPU Imagination Technologies IMG DXT72 dengan kelajuan 1.3GHz. Prestasi GPU ini dikatakan setara atau lebih baik berbanding GPU Adreno 740 pada cip Snapdragon 8 Gen 2.

Walaupun cip ini disenaraikan dalam kelas berprestasi tinggi namun Xiaomi tidak menyasarkan untuk bersaing dengan cip andalan lain seperti Snapdragon 8 Gen 4 atau Dimensity 9400. Cip XRING 01 dijangka akan digunakan pada Xiaomi 15s yang akan diperkenalkan pada penghujung Mei 2025.

Pengenalan cip ini menandakan langkah penting buat Xiaomi dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar cip seperti Qualcomm dan MediaTek. Dengan menghasilkan cip sendiri ia membolehkan Xiaomi mengawal lebih banyak aspek perkakasan dan perisian pada peranti mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN