Apple secara rasmi mengumumkan CarPlay Ultra, sistem inforia generasi baru yang menawarkan intregrasi yang lebih baik dan mendalam antara iPhone dan juga sistem hiburan kenderaan.

Menurut Apple, CarPlay Ultra membawakan pengalaman yang lebih baik, pintar dan konsisten untuk pemanduan. Sistem inforia generasi baru ini akan memaparkan kandungan peta, muzik, widget dan mesej secara langsung ke paparan pemandu termasuklah kluster instrumen merangkumi RPM, suhu, terkenan tayar dan meter kelajuan.

Berbeza dengan versi sebelumnya, CarPlay Ultra menyokong reka bentuk antara muka yang disesuaikan mengikut kepada identiti jenama kenderaan. Pengguna juga boleh mengubahsui warna dan latar belakang mengikut citarasa sendiri. Selain itu, pemandu mempunyai kebolehan untuk mengawal fungsi kereta melalui Siri, butang fizikal atau kawalan pada skrin.

Buat masa ini, CarPlay Ultra hanya tersedia secara eksklusif untuk kenderaan Aston Martin sahaja, untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Apple dijangka akan memperluaskan sokongan CarPlay Ultra kepada lebih banyak jenama seperti Hyundai, Kia dan Genesis tidak lama lagi.