Close

realme 14T kini rasmi di Malaysia dengan harga RM999

realme 14T secara rasmi tiba ke pasaran tempatan, merupakan model terakhir yang diperkenalkan dalm siri realme 14.

realme 14T dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Monokrom dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Wi-Fi 5, NFC, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP69 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, realme 14T 5G dijual pada harga RM999 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Lightning Purple dan Obsidian Black. Setiap pembelian antara 17 April hingga 14 Jun 2025 akan menerima hadiah percuma bernilai RM308 dan jaminan tambahan percuma.

ARTIKEL BERKAITAN