Penyedia perkhidmatan rangkaian berasaskan satelit iaitu Starlink kini memperkenalkan pelan langganan baru dengan harga lebih rendah berbanding sebelumnya.

Pelan baru ini dinamakan sebagai ‘Kediaman Lite’ dengan harga langganan RM129 untuk sebulan. Dari segi kelajuan, ia menawarkan kelajuan sekitar 50 hingga 100 Mbps. Walau bagaimanapun, pelan ini hanya tersedia untuk kawasan terpilih sahaja.
Sebelum ini, Starlink telahpun menawarkan pelan Kediaman dengan harga RM220 sebulan dengan kelajuan rangkaian sekitar 150 hingga 250 Mbps. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan ini, layari laman web rasmi Starlink.