Close

Siri Google Pixel 10 akan guna cip yang dihasilkan oleh TSMC

Google dijangka tidak lagi akan menggunakan teknologi binaan dari Samsung pada cip Tensor seterusnya. Sebaliknya, Google akan menggunakan teknologi binaan dari TSMC.

Terbaru, Google dikatakan telah menandatangani kontrak selama 3 hingga 5 tahun dengan TSMC iaitu syarikat pengeluar cip terkenal dari Taiwan. Cip Tensor G5 dijangka akan menjadi cip pertama yang akan dihasilkan oleh TSMC. Cip ini akan digunakan pada Pixel 10 yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Sebelum ini, cip Tensor yang dihasilkan oleh Samsung mendapat kritikan disebabkan oleh prestasi dan kecekapan yang kurang memuaskan. Selain itu, Samsung turut dikatakan menghadapi masalah pengeluaran cip dan sedang merombak struktur dalaman syarikat.

Dengan perjanjian ini, TSMC dijangka akan turut menghasilkan cip untuk siri Pixel 11 hingga Pixel 14. Peralihan ini dijangka akan memberi peningkatan ketara dari segi prestasi dan juga kecekapan tenaga.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN