Google akan memberikan kemas kini penting khusus untuk pengguna Pixel 6a bagi menyelesaikan masalah overheat yang dilaporkan oleh kebanyakkan pengguna.
Melalui kemas kini, kapasiti bateri dan prestasi pengecasan untuk Pixel 6a akan dikurangkan bagi mengelakkan berlakunya masalah overheat. Langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko berlakunya peranti terbakar semasa mengecas.
Menurut Google, masalah ini timbul selepas peranti mencapai 400 kitaran pengecasan. Berikutan dari itu, Google menyarankan pengguna Pixel 6a mengemas kini untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pengguna yang terjejas dengan masalah ini boleh menghubungi pihak Google untuk maklumat yang lebih lanjut.
Masalah ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini Google turut melakukan perkara yang sama untuk Pixel 4a dan turut menawarkan penggantian bateri secara percuma.