POCO telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu F7 pada 24 Jun ini. Peranti ini akan menjadi model ketiga di bawah siri POCO F7 selepas F7 Pro dan F7 Ultra.

Sebelum ini, POCO telahpun berkongsi maklumat mengenai kapasiti bateri dan pengecasan yang akan digunakan pada peranti. F7 akan menjadi peranti pertama di India dilengkapi dengan bateri 7550mAh dan menyokong pengecasan 90W.

Terkini, POCO turut mengesahkan yang peranti ini akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8s Gen 4. POCO mendakwa, cip ini menawarkan skor Antutu sekitar 2 juta sekaligus menjanjikan prestasi yang cemerlang untuk permainan atau tugasan berat.

Cip ini akan dipadankan dengan konfigurasi memori RAM LPDDR5X dan juga storan UFS 4.1. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan sistem penyejuk 3D IceLoop yang memastikan pengurusan haba sentiasa optimum.

POCO F7 dijangka akan dilancarkan dalam beberapa varian, termasuk edisi terhad yang telah diperlihatkan lebih awal. Sementara, dua lagi varian akan diumumkan pada hari pelancaran rasmi.