Selepas memberi beberapa teaser awal berkenaan dengan lampu LED Glyph, kini Nothing mengesahkan Phone (3) akan hadir dengan Matrix Glyph bukan LED Glyph.
When light becomes language.
— Nothing (@nothing) June 19, 2025
Introducing the Glyph Matrix.
Phone (3). 1 July. pic.twitter.com/YtlPDIlMO6
Nothing melalui platform X, menyatakan lampu ikonik iaitu LED Glyph tidak akan digunakan pada Phone (3) sebaliknya diganti dengan Glyph Matrix. Teaser tersebut turut memperlihatkan Glyph Matrix akan diletakkan di atas sebelah kanan.
Glyph Matrix ialah paparan dot-matrix seperti mana yang digunakan pada ASUS ROG Phone. Dengan menggunakan Glyph Matrix, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak ciri menarik dan animasi yang interaktif akan dibawakan oleh Nothing.
Everything enhanced.
— Nothing (@nothing) June 17, 2025
With the latest Snapdragon 8s Gen 4 processor. pic.twitter.com/J7pCciee2d
Phone (3) akan diperkenalkan pada 1 Julai ini, hadir dengan cip berprestasi tinggi iaitu Snapdragon 8s Gen 4. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi pada CPU, GPU dan NPU yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Selain itu, Phone (3) akan menjadi model pertama dari Nothing yang menyokong kemas kini sehingga 7 tahun.