Close

Apple mungkin ubah kedudukan logo pada iPhone 17 Pro

Apple mungkin akan mengubah kedudukan logo pada iPhone 17 Pro, sedikit lebih rendah berbanding kebiasaan.

Menurut laporan, perubahan saiz modul kamera pada iPhone 17 Pro memaksa Apple untuk mengubah kedudukan logo sedikit lebih rendah. Perubahan ini akan turut melibatkan kedudukan pengecasan MagSafe, menjadikan ia seakan mengelilingi logo Apple berbanding sebelum ini yang berada sedikit ke atas.

Sekiranya laporan ini tepat, ini kali pertama Apple mengubah kedudukan logo sejak siri iPhone 11 yang diposisikan ke bahagian tengah secara simiteri. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakan iPhone 17 dan iPhone 17 Air akan turut menerima perubahan ini atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN