Close

Google menjadualkan acara pelancaran siri Pixel 10 pada 20 Ogos ini

Google telah menjadualkan acara pelancaran siri Pixel 10 pada 20 Ogos ini. Acara yang dipanggil sebagai ‘Made By Google’ akan berlangsung di New York.

Pada acara ini, Google akan memperkenalkan barisan baru Pixel dan juga jam tangan pintar iaitu Pixel Watch. Kita mungkin boleh menjangkakan Google akan memperkenalkan Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL, Pixel 10 Pro Fold dan juga Pixel Watch 4.

Selain itu, Google akan turut berkongsi beberapa perkara mengenai Android 16 dan Wear OS 6. Namun perkara yang akan menjadi tumpuan semestinya antara muka baru Material 3 Expressive. Merupakan penambahbaikan dari antara muka sebelumnya iaitu Material You. Hadir dengan antara muka baru yang lebih interaktif dan lebih ekpresif untuk pengguna.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN