Close

OnePlus perkenalkan kabel SuperVOOC 2-in-1 : Cas fon dan jam tangan secara serentak

OnePlus kini memperkenalkan kabel pengecasan baru yang dipanggil sebagai 2-in-1 SuperVOOC Cable. Seperti namanya, kabel ini membolehkan pengguna mengecas fon dan juga jam tangan pintar secara serentak.

Kabel pengecasan ini berukuran 120cm dan menyokong pengecasan pantas sehingga 80W. Walau bagaimanapun, jika digunakan untuk pengecasan serentak kuasa yang dihantar akan dipecahkan kepada 67W untuk fon dan 10W untuk jam tangan.

Kabel ini menggunakan penyambung magnetik pin jenis POGO untuk pengecasan jam, direka khas untuk jam tangan pintar OnePlus seperti Watch 2, Watch 2R dan Watch 3. Selain itu, kabel ini turut hadir dengan cip pintar E-marker untuk memberi perlindungan kepada peranti semasa pengecasan.

Kabel 2-in-1 SuperVOOC ini dijual pada harga sekitar $29.99 (RM140) tampil dengan warna ikonik untuk kabel OnePlus iaitu Merah.

ARTIKEL BERKAITAN