Close

OPPO dan Hasselblad teruskan kerjasama – Bakal perkenal teknologi kamera baru

Kerjasama strategik antara OPPO dan jenama kamera ikonik dari Sweden iaitu Hasselblad akan diteruskan. Perkara tersebut diumumkan dalam satu acara khas yang diadakan di Gothenburg, Sweden.

OPPO dan Hasselblad telahpun bekerjsama sejak tahun 2022. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa inovasi seperti Hasselblad Portrait Mode dan XPAN Mode yang dimuatkan pada siri OPPO Find X5 dan Find X8.

Kerjasama ini turut memperkenalkan sistem kamera HyperTone baru, kali pertama diperkenalkan pada siri Find X8 pada tahun 2024.

OPPO menyatakan yang mereka akan menggabungkan kepakaran teknikal untuk membina teknologi kamera mudah alih yang lebih canggih. Selain itu, OPPO turut berhasrat untuk menetapkan standard baru dalam kualiti fotografi pada telefon pintar.

Dengan sambungan kerjasama ini, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak teknologi kamera baru yang akan ditawarkan dalam peranti OPPO pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN