Close

Siri HUAWEI Pura 80 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4599

Siri HUAWEI Pura 80 tiba secara rasmi ke pasaran tempatan dan hadir dengan dua pilihan model iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra.

HUAWEI Pura 80 Ultra merupakan model paling premium dalam siri ini, hadir dengan LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua. Ditawarkan dengan konfigurasi memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

HUAWEI Pura 80 Ultra menggunakan sistem kamera yang unik dengan lensa periskop menyokong teknologi dual-lens shifting system. Kamera utama menggunakan 50MP 1-inci + 40MP Ultra Lebar,50MP Telefoto Periskop + 12.5MP Telefoto Periskop 12.5MP + 1.5MP Spektra dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5170mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Manakala untuk HUAWEI Pura 80 Pro, ia dilengkapi dengan skrin LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dnegan Kunlun Glass generasi kedua. Hadir dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor 50MP 1-inci RYYB + 48MP Telefoto + 40MP Ultra Lebar + 1.5MP Spektrum dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5170mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Selain itu, semua model turut hadir dengan sokongan WiFi 7, penarafan IP68/IP69, komunikasi satelit, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1.

Di Malaysia, Pura 80 ditawarkan pada harga RM4599 manakala untuk Pura 80 Ultra ia dijual pada harga RM6599. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1428.

ARTIKEL BERKAITAN