Spesifikasi peranti andalan OPPO iaitu Find X9 Pro telahpun tertiris. Sekaligus, memberikan gambaran dan maklumat awal mengenai peranti tersebut.
Menurut maklumat, OPPO Find X9 Pro dijangka akan menjadi peranti paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh OPPO, terutamanya dari segi kamera, bateri dan ketahanan.
Antara spesifikasi yang didedahkan, OPPO Find X9 Pro akan dilengkapi dengan kapasiti bateri mencapai sehingga 7500mAh, menjadikan ia peranti andalan pertama yang dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar itu. Selain itu, ia akan menyokong pengecasan pantas 50W tanpa wayar.
Menggunakan skrin jenis rata bukan melengkung bersaiz 6.78-inci dengan panel LTPO OLED. Turut menyokong paparan adaptif 1-120Hz dengan pengimbas cap jari dalam skin jenis ultrasonik. Menyokong dua penarafan iaitu IP68 dan juga IP69.
OPPO Find X9 Pro dijangka akan dikuasakan dengan cip baru dari MediaTek iaitu Dimensity 9500. Cip ini berkemungkinan akan diperkenalkan pada September ini.