Apple mungkin membawakan perubahan ketara pada kemampuan kamera untuk iPhone 17 Pro.
Menurut laporan, iPhone 17 Pro akan dilengkapi dengan aplikasi kamera baru yang menawarkan pelbagai ciri baru seperti kamera profesional. Aplikasi kamera baru ini dikatakan setanding atau setaraf seperti Halide, FiLMiC Pro dan Kino. Tetapan aplikasi kamera ini mungkin menyokong kawalan yang lebih canggih dan lebih berguna.
Selain itu, Apple mungkin akan menyertakan satu lagi butang tambahan fizikal pada iPhone 17 Pro. Butang tersebut akan diletakkan pada bahagian atas dengan fungsi yang sama seperti butang tambahan pada siri iPhone 16.
Laporan tersebut turut menyatakan, sistem kamera telefoto pada iPhone 17 Pro akan menyokong keupayaan zum optik yang lebih baik iaitu sehingga 8x berbanding 5x pada iPhone 16 Pro.