Close

Xiaomi 16 Pro mungkin hadir dengan skrin jenis rata

Xiaomi 16 Pro dijangka tidak lagi menggunakan skrin jenis kuad-lengkung sebaliknya menggunakan skrin jenis rata.

Menurut laporan, Xiaomi 16 Pro bakal hadir dengan perubahan besar pada bahagian skrin, menggunakan skrin jenis rata dengan bezel lebih nipis dan simetri. Menggunakan panel LTPO OLED dengan resolusi 2K+ serta menyokong kecerahan puncak yang lebih tinggi.

Saiz skrin juga dikatakan meningkat dari 6.73-inci kepada 6.85-inci dan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2. Selain itu, Xiaomi mungkin akan memperkenalkan model baru iaitu Xiaomi 16 mini dengan saiz skrin 6.3-inci dan bateri 6300mAh.

Xiaomi 16 Pro dan Xiaomi 16 Ultra dijangka akan berkongsi teknologi dan saiz skrin yang sama. Siri Xiaomi 16 dijangka akan tiba sekitar akhir tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN