Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Event yang akan berlangsung pada 4 September 2025.
Pada acara ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru seperti Galaxy S25 FE, Galaxy Tab S11 dan Galaxy Tab S11 Ultra. Selain itu, dua lagi peranti yang sudah diumumkan tapi belum dijual iaitu Galaxy Buds3 FE dan Galaxy Tab S10 Lite turut dijangka akan diperkenalkan.

Menurut beberapa laporan, Galaxy S25 FE akan dikuasakan dengan cip Exynos 2400, bateri 4900mAh, pengecasan 45W dan berat hanya sekitar 190 gram.

Acara ini akan berlangsung secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung melalui laman web rasmi Samsung atau saluran YouTube rasmi Samsung.