Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menyokong pembayaran melalui e-Dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara.
Melaluinya, pengguna kini boleh membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi e-Dompet seperti Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost. Sokongan pembayaran melalui e-Dompet ini dilihat seiring dengan gaya hidup masa kini serta lebih selamat dan juga praktikal.

Selain itu, JPJ menyatakan mereka berjaya mengutip RM5.6 billion melalui 46.5 juta transaksi tanpa tunai melalui kaunter dan juga aplikasi MyJPJ hingga 24 Ogos 2025. Daripada jumlah tersebut, sekitar 245,626 transaksi adalah melalui e-Dompet dengan kutipan sebanyak RM19.6 juta.